Enam kelas Minyak_bahan_api

Minyak bahan api di Amerika Syarikat dikelaskan kepada enam kelas, menurut tahap mengelegak, komposisi dan kegunaannya. Tahap mengelegak ("boiling point"), berjulat antara 175 hingga 600 °C, dan panjang rantaian karbon, 20 to 70 atom, bahan api meningkat dengan nombor. Kelikatan turut meningkat dengan nombor bahan api dan minyak terberat perlu dipanaskan untuk mengalirkannya. Harga biasanya menurut menurut nombor bahan api yang meningkat. minyak bahan api no 1, minyak bahan api no 2 dan minyak bahan api no 3 biasanya dirujuk sebagai minyak bahan api disuling, minyak bahan api diesel, bahan api ringan, gasoil atau hanya disuling. Sebagai contoh, minyak bahan api No. 2, Disuling No. 2 dan minyak bahan api diesel No. 2 hampir benda yang sama. Diesel agak berlainan dalam ertikata ia turut mempunyai had nombor cetane yang menggambarkan kualiti nyalaan bahan api tersebut.

Minyak bahan api suling adalah hasil sulingan dari minyak mentah. Minyak gas merujuk kepada proses penyulingan. Minyak itu dipanaskan, menjadi gas, dan kemudiannya terpelowap. Ia membezakan hasil sulingan dari minyak sisa ("residual oil - RFO"). No. 1 sama dengan minyak tanah ("kerosene") dan bahagian yang menjadi wap selepas gasolin. No. 2 adalah minyak diesel yang digunakan oleh lori dan sesetengah kereta, mendorong kepada gelaran "diesel jalan". Ia adalah sama dengan minyak pemanas. No. 3 adalah minyak bahan api suling dan jarang digunakan. Minyak bahan apai No. 4l biasanya merupakan campuran minyak suling dan sisa, seperti No. 2 dan 6, bagaimanapun, kadang-kala ia hanyalah sulingan berat. No. 4 boleh dikelaskan sebagai diesel, suling atau minyak bahan api sisa. Minyak bahan api No. 5 dan minyak bahan api No. 6 dikenali sebagai minyak bahan api - ("residual fuel oils") (RFO) atau minyak bahan api berat. Oleh kerana lebih banyak No. 6 berbanding No. 5 dihasilkan, istilah minyak bahan api berat dan minyak bahan api sisa kadang-kala digunakan seiring dengan No. 6. Ia adalah sisa yang tinggal dari minyak mentah selepas gasolin dan minyak bahan api suling diasingkan melalui proses sulingan. Minyak bahan api No. 5 adalah campuran No. 6 (sekitar 75-80%) dengan No. 2. No. 6 turut mempunyai sejumlah kecil No. 2 untuk memenuhi spesifikasi. Minyak bahan api sisa kadang kala dikenali sebagai ringan selepas ia dicampur dengan minyak bahan api suling, sementara minyak bahan api suling dikenali sebagai berat apabila ia dicampur dengan minyak bahan api sisa. Minyak gas berat, sebagai contoh, merupakan sulingan yang mengandungi minyak bahan api sisa. Minyak bahan api gred berat mudah didapati disebabkan kejayaan pemangkin ("catalytic") memecahkan bahan api untuk membebaskan lebih banyak bahagian dan meninggalkan sisa lebih berat.

Nomenclature US digunakan secara meluas diseluruh dunia. Di United Kingdom pengelasan terdiri daripada 6 bahan api yang biasa digunakan menggunakan perwakilan abjad, Dari Kelas C1 (kerosen) sehingga Kelas G (minyak bahan api berat). Terdapat Kelas H yang masih belum digunakan secara meluas. Ciri-ciri minyak ini adalah ditetapkan dalam Piwaian British BS2869:1998 - yang akan dikemas kini kepada BS2869:2006.